Saturday, September 20, 2008

WHAT IS WIKIS & BLOG


Using blog and wiki for your portfolio

From: slmader, 2 years ago





Build a simple, easy-to-update professional portfolio using a blog or wiki.


SlideShare Link

Monday, September 15, 2008

Friday, May 23, 2008

Monday, April 28, 2008

INILAH BARISAN KITA


INILAH DIA PARA PAHLAWAN KELAS 2AA YANG BERPOSING MAUT
UNTUK MAJALAH INTEL.

Wednesday, April 23, 2008

Saturday, April 19, 2008

Wednesday, April 16, 2008

IKTIBAR CERITA SI TANGGANG







LAGENDA SI TANGGANG RUPA-RUPANYA MEMANG BENAR-BENAR BERLAKU. INI GAMBAR-GAMBAR DI PULAU AIR MANIS, SUMBAR INDONESIA. JADIKAN IKTIBAR

Tuesday, April 15, 2008

BARU BALIK JADI HAKIM KAWAT


Selama 2 hari cikgu menjadi hakim pertandingan Kawat Kaki Unit-unit Beruniform Dearah Utara-Tengah. Cikgu jadi hakim data dan markah. Satu tugas yang amat mencabar kerana kena cepat dan pantas serta teliti. Kalau salah kira, nanti naya pasukan yang bertanding.
Tapi yang paling cikgu kagum ialah pasukan dari SMK Jit Sin yang telah menghantar sebanyak 9 pasukan meliputi GO, NGO dan KRS. Memang dia orang bersemangat sungguh. AMAT BERDISPLIN, malu rasanya tengok pasukan dari sekolah yang majororitinya pelajar Melayu, lemah aje. Buatpun main-main aje.

Thursday, April 10, 2008

cetusan minda

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

Sunday, April 6, 2008

GEOGRAFI

TABURAN PENDUDUK

Taburan Penduduk Di Malaysia
Jumlah penduduk di Malaysia berdasarkan Banci 2000 ialah 23.27 juta orang.
Sejumlah 79.7% orang tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% tinggal di Sabah, dan 8.9% tinggal di Sarawak.
Selangor merupakan negeri yang mempunyai penduduk paling ramai (4.19 juta), diikuti oleh Johor (2.74 juta), dan Sabah (2.60 juta).
Negeri yang paling sedikit penduduk ialah Perlis (0.20 juta).
Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata dan dapat dibahagikan kepada kawasan padat, sederhana padat, dan jarang.
1. Kawasan Berpenduduk Padat Di Malaysia
Kepadatan penduduk melebihi daripada 200 orang sekilometer persegi.
Tumpuan di ibu negeri, pusat perniagaan dan perdagangan, pusat kewangan, dan pusat perindustrian.
Bangunan dan rumah dibina rapat-rapat untuk menampung bilangan penduduk yang ramai.
Contoh kawasan:
Ibu negeri
Johor Bahru, Kuantan, Seremban, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu
Pertanian
Dataran Kedah-Perlis, Dataran Terengganu, Dataran Kelantan
Perlombongan
Lembah Kinta, Lembah Klang
Perindustrian dan perniagaan
Lembah Klang, Shah Alam
2. Kawasan Berpenduduk Sederhana Di Malaysia
Kepadatan penduduk antara 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
Tumpuan di kawasan pertanian dan perikanan.
Contoh kawasan:
Kawasan tanah rendah dan beralun di pantai barat Semenanjung Malaysia, kawasan Kelantan Utara, Kuala Terengganu.
Pantai barat Sabah dan Sarawak
Sepanjang lembah Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan
Kawasan Rancangan Kemajuan Tanah
Bandar-bandar seperti Kerteh, Mersing, Miri, Bintulu, Sandakan
3. Kawasan Berpenduduk Jarang Di Malaysia
Kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
Kawasan tanah tinggi, pedalaman yang berhutan tebal, dan kawasan berpaya.
Contoh kawasan:
Kawasan bergunung-ganang dan berhutan tebal di pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak
Kawasan berpaya di pantai timur Sabah, Sarawak, dan Johor
Sekitar Tasik Chini




Saturday, April 5, 2008

KALAU GURU....

Kalau guru

kalau guru malas membaca ilmu diajar tidak tentu punca..
kalau guru tidak bersedia dalam kelas banyak bercerita...
kalau guru sentiasa sibuk murid dlm kelas hiruk pikuk
kalau guru sentiasa marah murid keluar tak tentu arah...
kalau guru tak sukakan pelajar tak berkat ilmu yg diajar..
kalau guru tak galak membaca murid sekadar asyik menerima..
kalau guru suka berdamping semua murid dapat dibimbing..
kalau guru menunggu arah semua kerja kena kerah...
kalau guru kenal pelajar diluar sekolah dia tak liar..
kalau guru kurang merancang dalam kelas banyak temberang..
kalau guru banyak tak tahu bimbinglah dia agar berilmu..
kalau guru ada kepandaian buatlah dia dengan kemudahan....
apa guna menjadi guru kalau fikiran masih bercelaru...
apa guna menjadi pelajar kalau masih berkurang ajar...


***********************************

JUMLAH PENDUDUK DUNIA SEKARANG...MASYAALLAH!!

BILANGAN HARI AKU HIDUP DI DUNIA INI...ASTAGAFIRULLAH

APA ANDA NAK TAU?